Monday, 4 December 2017

Pengalaman di Mobile Book Cafe

4 Dec 2017


                    Pagi ini aku rasa takut dan risau sangat sebab aq lambat 5 minit masuk ke ofis ....macam-macam halangan dari rumah aku tempuhi tetapi alhamdulillah , syukur sangat aku sampai ofis dengan selamat...aku tak dapat gambarkan perasaan rasa serba salah aku dekat en. mad ...hurmm...maaf en. mad sebab lambat tadi...lepas ni aku akan cuba elakkan datang lambat ke ofis lagi...betul ...orang selalu kata "kita ni manusia biasa tak boleh lari dari melakukan kesalahan dan kita hanya mampu merancang dan tentunya tuhan yang menentukan " ...tetapi kita sebagai manusia juga jangan lupa tentang satu perkara ...kita manusia kita boleh elakkan dari melakukan kesalahan dan BERUSAHA adalah kunci untuk berubah selain daripada sabar....so , saya akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik....insyaallah...



                    Untuk hari ini , aku belajar cara promosikan buku-buku melalui group whatsapp ...aku mulakan dengan group whatsapp sebab aku cuba dengan kuantiti orang yang sedikit dahulu untuk meyakinkan cara jualan aku...bak kata orang kita kayuh perlahan-lahan dahulu....



                   Then, aku juga siapkan satu poster untuk mobile book cafe ...Poster ini bertujuan untuk mewar-warkan kepada orang ramai tentang kewujudan Blind Date With a Book yang berlangsung pada 9 December 2017 ....ia juga dikenali sebagai PASAR BUKU BANGI (PABUBA) ....daripada tajuk tu sahaja kita dah boleh tahu di mana lokasi jualan buku itu diadakan ....iaitu perpustakaan daerah hulu langat seksyen 9, bandar baru bangi....so mana yang ada masa lapang tu.... tak tahu nak pergi mana...😊 boleh lah kunjungi jualan mobile book cafe di sana...

No comments:

Post a Comment